Doktor Neurologi masuk Islam selepas kaji saraf di otak
Doktor Neurologi masuk Islam selepas kaji saraf di otak
Saya bakal meneruskan bidang perubatan di Mesir dan ada baiknya kita sama-sama ambil iktibar di sebalik kisah Seorang Doktor Neurologi US menemui Keajaiban Allah S.W.T ketika membuat kajian di otak dan urat saraf.Doktor Neurologi di Amerika Syarikat tersebut telah memeluk Islam setelah beberapa penyelidikannya terjawab dengan cara Islam.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin dengan perubatan cara Islam dan oleh sebab itu beliau telah membuka sebuah klinik bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Quran’
Kajian perubatan beliau daripada al-quran menghasilkan ubat-ubatan berteraskan apa yang terkandung dalam quran. Antaranya termasuk la berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan lain-lain.
Bagaimana tertarik dengan keajaiban Allah
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam. Maka doktor neurologi tersebut menceritakan semasa membuat kajian Urat Saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan sewaktu seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Solat !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat lima waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah !
Tidak menunaikan solat lima waktu, otak kita tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Subhanallah.
Mesti baca : Kisah Menarik Bagaimana Loo Jo Yee Binti Abdullah Peluk Islam

Itu sahaja saya mampu ucapkan. Doktor Neurologi yang dirahsikan namanya memeluk Islam setelah kajian ini hanya mampu dijawab dengan keunikan Islam. Ini lah dia keajaiban Allah hanya untuk hambanya yang melihat dengan mata hati.
Bagi yang bakal mengambil perubatan terutama rakan-rakan saya. Mari lah sama-sama kita ambil iktibar dari kisah Doktor Neurologi akui keajaiban Allah dan akhirnya Doktor Neurologi masuk Islam sebab kaji saraf di otak.
Kalau lah kita dapat tahu nama Doktor tersebut mesti lagi menarik. Ada sesiapa tahu?
Sumber : http://muazfaris.com/doktor-neurologi-masuk-islam-selepas-kaji-saraf-di-otak/#ixzz2g8l2dTxg
Tidak ada komentar:
Posting Komentar